Rakyat Malaysia masih boleh masuk Thailand tanpa visa untuk lawatan pendek, tetapi tempoh tinggal visa-free dah berubah. Mulai 15 September 2026, pemegang pasport Malaysia dibenarkan tinggal sehingga 30 hari, berbanding 60 hari sebelum ini.
Perubahan ini telah dimaklumkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok selepas pengumuman kerajaan Thailand.

Apa yang berubah?
| Sebelum 15 Sep | Mulai 15 Sep 2026 | |
|---|---|---|
| Visa | Visa-free | Visa-free |
| Tempoh tinggal | Sehingga 60 hari | Sehingga 30 hari |
Maksudnya tempoh visa-free dipendekkan, bukannya "Thailand dah mansuhkan visa-free untuk Malaysia".
Kalau trip lebih 30 hari?
Jangan assume boleh masuk sebagai pelancong biasa dan settle kemudian. Semak jenis visa atau kelulusan imigresen yang sesuai sebelum perjalanan, terutama kalau tujuan korang kerja, belajar, tinggal panjang atau aktiviti yang bukan lawatan pelancongan biasa.
Checklist sebelum fly atau drive masuk Thailand
- Pastikan pasport masih sah dan keadaan fizikal okay.
- Check tempoh perjalanan tak melebihi kelulusan imigresen.
- Simpan bukti penginapan dan perjalanan keluar jika diminta.
- Semak keperluan Thailand Digital Arrival Card (TDAC) secara berasingan.
- Jangan confuse TDAC dengan visa.

Rujukan rasmi: Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok
Tinggalkan komen