Kalau korang selalu shopping di Shopee, mesti pernah nampak ShopeePay keluar masa nak buat payment kan? Tapi ShopeePay sekarang bukan e-wallet untuk bayar barang dalam Shopee jer tau.
Ia juga boleh digunakan untuk bayar kat kedai/restoran yang menerima ShopeePay, boleh juga hantar dan terima duit, plus boleh keluarkan baki tertentu ke akaun bank korang yang lain.
Dan kalau korang belum pernah aktifkan ShopeePay, sekarang antara masa yang menarik untuk tengok apa yang ShopeePay tawarkan sebab memang selalu ada voucher, cashback dan kempen yang boleh korang check dalam app.
So, apa sebenarnya ShopeePay, macam mana nak aktifkan dan berbaloi ke nak guna?
Apa Itu ShopeePay?
ShopeePay ialah e-wallet dalam ekosistem Shopee. Antara perkara yang korang boleh buat dengan ShopeePay ialah:
- bayar barang masa checkout di Shopee
- bayar kat kedai, restoran atau merchant yang menerima ShopeePay
- hantar dan terima duit
- buat pemindahan / transfer melalui DuitNow
- keluarkan duit ke akaun bank untuk baki yang boleh dipindahkan / Transferable Balance
- claim voucher, cashback atau promo yang tersedia dalam app
Jadi walaupun korang tak shopping dekat Shopee setiap hari, ShopeePay masih boleh berfungsi macam e-wallet untuk kegunaan lain.
Cara Aktifkan ShopeePay
Kalau korang dah ada akaun Shopee, tak perlu buat akaun Shopee baru semata-mata nak guna ShopeePay.
- Buka app Shopee, pergi ke Saya / Me dan tekan ShopeePay.
- Tekan Activate ShopeePay dan isi details IC yang diminta.
- Masukkan verification code yang dihantar kepada korang.
- Create 6-digit ShopeePay PIN untuk authorize payment dan transaksi.
Lepas tu ShopeePay dah boleh mula digunakan. Kalau nak dapat had akaun lebih tinggi dan akses kepada lebih banyak fungsi, korang boleh teruskan dengan proses verification / e-KYC.

Perlu ke Verify ShopeePay ni?
Tak semestinya. Akaun Basic pun boleh jer digunakan tanpa buat e-KYC.
Tapi bila akaun dah verified, had ShopeePay korang memang jauh lebih tinggi.
| Had | Basic | Premium | Premium+ |
|---|---|---|---|
| Had dompet / Wallet Limit | RM2,999 | RM4,999 | RM30,000 |
| Had transaksi harian / Daily Transaction Limit | RM2,999 | RM4,999 | RM30,000 |
| Had transaksi bulanan / Monthly Transaction Limit | RM4,999 | RM4,999 | RM180,000 |
| Had transaksi tahunan / Annual Transaction Limit | RM59,999 | RM59,999 | RM360,000 |
Nota: Bayaran, pemindahan / transfer dan pengeluaran / withdrawal tertentu capped pada RM9,999 untuk setiap transaksi.
Kalau korang sekadar guna ShopeePay sekali-sekala jer beli barang sikit jer, akaun Basic mungkin dah mencukupi.
Tapi kalau memang selalu guna ShopeePay, nak buat transaksi lebih besar atau nak akses fungsi yang memerlukan verification, better buat e-KYC terus.
ShopeePay Boleh Guna Dekat Mana?
Benda yang ramai mungkin masih associate dengan ShopeePay ialah payment masa checkout dalam Shopee. Tapi penggunaannya lebih luas daripada tu.
Kalau korang nampak merchant yang menerima ShopeePay atau DuitNow QR yang disokong, korang boleh gunakan ShopeePay untuk buat bayaran. Korang juga boleh buat pemindahan / transfer kepada pengguna lain atau ke bank dan e-wallet lain yang disambungkan melalui DuitNow.
So satu e-wallet boleh cover shopping online, payment kat kedai dan transfer duit bila diperlukan.
So, Berbaloi Ke Guna ShopeePay?
Kalau korang memang selalu guna Shopee, bagi saya tak rugi pun untuk sekurang-kurangnya aktifkan ShopeePay korang.
Sebab anda dapat satu lagi pilihan pembayaran dalam ekosistem Shopee, dan pada masa sama boleh gunakan fungsi e-wallet macam pembayaran kat kedai serta pemindahan / transfer duit.
Tak semestinya korang kena jadikan ShopeePay sebagai e-wallet utama. Tengok jer mana yang bagi lebih value masa tu.
Lebih practical kalau:
ada voucher atau cashback bagus → guna ShopeePay
kalau boleh bayar pakai ShopeePay dan senang → guna ShopeePay
e-wallet lain bagi cashback/deal lagi bagus → guna yang itu
Simple jer. Kalau memang dah nak beli atau bayar sesuatu, check dulu mana payment method yang tengah bagi deal paling berbaloi masa tu.
Kesimpulan
ShopeePay sebenarnya lebih daripada sekadar payment option dalam Shopee. Korang boleh guna untuk shopping, bayar kat merchant, transfer duit dan gunakan promo atau cashback yang tersedia dari semasa ke semasa.
Kalau belum aktif lagi, boleh start dengan aktifkan ShopeePay dalam app Shopee dulu. Lepas tu baru decide sama ada korang perlukan verification / e-KYC berdasarkan cara korang nak guna akaun tu.
Dan macam biasa, sebelum buat payment, check voucher dulu. Mana tahu ada cashback yang boleh claim. 😆
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad)
Tinggalkan komen